Soalan Lazim Wakaf Telaga

Jawapan jujur dan jelas — hukum, harga, cara, dan macam mana anda boleh semak sendiri bukti pembinaan.

Tentang Model & Hukum

Ini wakaf atau jual beli?
Ini adalah jual beli perkhidmatan pembinaan telaga, bukan kutipan derma atau dana sumbangan. Selepas telaga siap dibina, anda meniatkan telaga tersebut sebagai wakaf untuk kegunaan masyarakat setempat. Pendekatan ini memberi rekod transaksi jelas, invois rasmi dan output yang pasti.
Adakah ini sah dari sudut Islam?
Ya, sah — kerana transaksi dibuat sebagai jual beli perkhidmatan, tiada jual beli harta wakaf yang telah diwakafkan, dan niat wakaf dibuat selepas telaga wujud dan siap dibina. Amalan wakaf kekal sah kerana niat wakaf datang daripada pembeli, bukan daripada struktur kutipan dana.
Jadi, adakah pahala wakaf masih ada?
InsyaAllah, ya. Ganjaran wakaf bergantung kepada niat pewakaf dan manfaat berterusan yang diterima oleh masyarakat daripada telaga tersebut. Rasulullah SAW bersabda bahawa apabila mati anak Adam, terputus amalannya kecuali tiga perkara — antaranya sedekah jariah (hadis riwayat Muslim), dan ulama mentafsirkan sedekah jariah sebagai wakaf.
Boleh saya niatkan untuk arwah ibu bapa atau keluarga?
Boleh. Sedekah bagi pihak arwah disyariatkan. Dalam hadis riwayat Abu Daud, Saad bin Ubadah bertanya sedekah apakah paling afdal untuk ibunya yang telah meninggal — Baginda SAW menjawab "Air", lalu Saad menggali telaga dan berkata, "Ini untuk ibu Saad." Baca panduan penuh di artikel Wakaf Telaga Untuk Arwah.
Kenapa bukan lagi kutipan derma melalui pertubuhan?
Bagi memastikan pengurusan kewangan lebih teratur, telus dan profesional, projek kini dilaksanakan melalui entiti perniagaan — Bima Sakti Enterprise (SSM: 003736279-D). Setiap bayaran mempunyai rekod jelas, invois rasmi dan output yang pasti: telaga dibina.
Adakah ini sama seperti crowdfunding?
Tidak. Ini bukan crowdfunding dan bukan kutipan awam. Setiap bayaran adalah transaksi individu untuk pembelian perkhidmatan pembinaan telaga.

Harga & Pakej

Berapa harga wakaf telaga?
Pakej bermula RM100 (Wakaf 'Adn — 1 nama), RM200 (Wakaf Ma'wa — 3 nama), RM500 (Wakaf Salam — 7 nama), RM2,000 (Wakaf Persendirian — satu telaga penuh, 20 nama, Arakan Myanmar) dan Wakaf Korporat untuk syarikat. Lihat perbandingan penuh di halaman pakej.
Apa yang saya terima selepas membuat pembelian?
Pengesahan pembinaan telaga, dokumentasi projek mengikut pakej, sijil digital bagi setiap nama pewakaf, dan makluman apabila telaga siap dibina dan digunakan.
Adakah nama boleh diletakkan pada telaga?
Ya, tertakluk kepada pakej yang dipilih. Nama disahkan terlebih dahulu sebelum pembinaan bagi mengelakkan kesilapan ejaan. Gelaran "almarhum/almarhumah" akan dikeluarkan bagi menjaga sensitiviti pembeli lain.
Bolehkah tempahan dibatalkan atau ditukar?
Tempahan yang disahkan dan telah memasuki fasa pembinaan tidak boleh dibatalkan. Bagi tempahan yang belum memasuki fasa pembinaan, permohonan boleh dipertimbangkan kes demi kes melalui saluran rasmi secara bertulis.

Pembinaan & Bukti

Berapa lama tempoh pembinaan telaga?
Telaga persendirian: pembinaan bermula selepas bayaran disahkan; siap anggaran 2–3 minggu tertakluk keadaan tapak. Telaga perkongsian ('Adn, Ma'wa, Salam): pembinaan bermula setelah kuota satu unit telaga dipenuhi, siap beberapa minggu selepas itu.
Macam mana saya tahu telaga saya benar-benar dibina?
Setiap pembeli diberi akses kepada Link Laporan Projek menggunakan nombor tempahan dan nombor telefon. Anda boleh semak status pembinaan, gambar dokumentasi tapak, lokasi, nama yang dipaparkan dan sijil — dikemaskini secara berkala.
Siapa yang mengurus dan membina telaga?
Keseluruhan projek diuruskan oleh Bima Sakti Enterprise sebagai kontraktor pembinaan, pengurus projek dan penyelaras dokumentasi di lapangan. Setiap projek direkod dan didokumentasikan sebelum laporan dimuat naik.
Di manakah lokasi pembinaan telaga?
Malaysia, Palestin, Syria, Uganda, Filipina, Tanzania, Kenya, Bangladesh dan Indonesia. Lokasi sebenar bergantung kepada keperluan semasa dan penilaian tapak, dan dinyatakan dalam Laporan Projek selepas pembinaan selesai.
Apakah faktor yang boleh mempengaruhi tempoh siap?
Keadaan cuaca, akses dan keselamatan lokasi, keadaan struktur tanah, serta kebenaran pihak tempatan. Sebarang kelewatan akan dikemaskini dalam Laporan Projek.

Masih Ada Soalan? Atau Dah Bersedia?

Tempah telaga wakaf anda hari ini — dari RM100, dengan laporan projek yang anda boleh semak sendiri.

Lihat Pakej & Tempah WhatsApp Kami
💬