Soalan Lazim
Jawapan Jujur Untuk Soalan Anda
Jawapan jujur untuk soalan yang paling kerap ditanya.
Ini wakaf atau jual beli?
Ini adalah jual beli perkhidmatan pembinaan telaga. Selepas telaga siap dibina, anda meniatkan telaga tersebut sebagai wakaf untuk kegunaan masyarakat setempat. Pendekatan ini memberi anda rekod transaksi jelas, invois rasmi, dan output yang pasti.
Adakah ini sah dari sudut Islam?
Ya. Transaksi dibuat sebagai jual beli perkhidmatan; tiada jual beli harta wakaf yang telah diwakafkan. Niat wakaf dibuat selepas telaga wujud dan siap dibina — datang daripada anda sebagai pembeli. InsyaAllah ganjaran wakaf kekal, bergantung kepada niat dan manfaat berterusan telaga tersebut.
Boleh saya niatkan untuk arwah ibu bapa atau keluarga?
Boleh. Sedekah bagi pihak arwah adalah amalan yang disyariatkan — seperti dalam hadis Saad bin Ubadah yang menggali telaga untuk ibunya. Letakkan nama arwah semasa tempahan, dan nama tersebut akan dipaparkan pada papan/banner telaga serta sijil digital. Gelaran "almarhum / almarhumah" tidak dipaparkan; niat wakaf bagi pihak arwah tidak terjejas. Ejaan nama disahkan dahulu sebelum pembinaan; pembetulan boleh dibuat sebelum papan nama dipasang.
Macam mana saya tahu telaga saya benar-benar dibina?
Setiap pembeli mendapat akses kepada Link Laporan Projek menggunakan nombor tempahan dan nombor telefon. Di dalamnya anda boleh semak status pembinaan, gambar dokumentasi tapak, lokasi, nama yang dipaparkan, dan sijil — dikemaskini secara berkala, bukan sekadar satu gambar di hujung projek.
Lihat cara semak laporan → Jika nama atau sijil anda tidak ditemui dalam laporan,
WhatsApp kami untuk semakan.
Di mana telaga saya dibina?
Pakej perkongsian ('Adn, Ma'wa, Salam): lokasi ditentukan pengurus projek berdasarkan keperluan semasa dan penilaian tapak. Projek semasa dipaparkan di bahagian
Projek Sedang Berjalan. Persendirian: Arakan, Myanmar atau Kemboja, mengikut pakej. Korporat: Kem Pelarian Palestin. Lokasi sebenar telaga anda dinyatakan dalam Laporan Projek selepas pembinaan selesai.
Berapa lama telaga siap dibina?
Persendirian Arakan (RM2,000): pembinaan bermula selepas bayaran disahkan, siap anggaran 2–3 minggu tertakluk keadaan tapak. Telaga perkongsian ('Adn, Ma'wa, Salam): pembinaan bermula setelah kuota satu unit telaga dipenuhi. Persendirian Kemboja (RM20,000): tempoh pembinaan belum ditetapkan, hubungi kami sebelum menempah.
Siapa yang mengurus dan membina telaga?
Keseluruhan projek diuruskan oleh Bima Sakti Enterprise (SSM: 003736279-D) sebagai kontraktor pembinaan, pengurus projek, dan penyelaras dokumentasi di lapangan — di Malaysia, Palestin, Syria, Uganda, Filipina, Tanzania, Kenya, Bangladesh dan Indonesia.
Kenapa projek ini dikendalikan oleh syarikat, bukan pertubuhan?
Bagi memastikan pengurusan kewangan yang lebih teratur, telus dan profesional, projek kini dilaksanakan melalui entiti perniagaan. Setiap bayaran mempunyai rekod jelas, invois rasmi, dan output yang pasti — telaga dibina.