Skip to content

Wakaf Telaga & Wakaf Air di dalam Negara

Wakaf Telaga @ Asia (Malaysia)

Muslim Al-Fateh

“Kamu tidak akan memperoleh kebajikan, sebelum kamu menginfakkan sebagian harta yang kamu cintai. Dan apa pun yang kamu infakkan, tentang hal itu sungguh, Allah Swt. Maha Mengetahui”.

(Surah Ali Imran – Ayat 92)

Home 3

Apa yang terjadi di Semporna, Sabah?

Bila kita sebut tentang Semporna, Sabah dalam fikiran kita tempat bercuti, pemandangan yang cantik, tempat yang maju mesra pelancong.

Tapi bila kita pergi lebih mendalam, bersua dengan orang tempatan. Kita akan dapati ada masalah sudah puluhan tahun tidak diselesaikan.

Jenayah, penyeludupan, shabu, peminta sedekah, dan banyak lagi. Semua ini bukan orang dewasa sahaja yang lakukan. Tapi kanak-kanak juga terlibat.

Selepas dikaji, masalah ini terjadi kerana kurangnya peluang untuk mereka bukan sahaja membina karier tapi sukar untuk mendapat perkerjaan. Mereka tiada pilihan.

Benar, itu pilihan mereka. Kita juga ada pilihan kita. Biarkan sahaja atau sama-sama membantu mereka.

Projek Wakaf Telaga di Semporna merupakan sebahagian daripada perancangan besar Muslim Al-Fateh di sini.

Kenapa bermula dengan Wakaf Telaga? Sebelum selesaikan masalah besar kita perlu selesaikan masalah asas dahulu.

Muslim Al-Fateh mendapat jemputan daripada rakan kerjasama yang berada dilapangan untuk melawat pulau-pulau yang berada di Semporna. Baru kami tahu di Semporna terdapat hampir 50 buah pulau.

Akan tetapi kami hanya melawat 9 pulau sahaja dalam masa 4 hari kami disana.

Dalam 9 pulau yang kami lawati, 1 pulau sahaja yang ada sumber air bersih iaitu Pulau Mabul. Pusat pelancongan yang menjadi tumpuan NGO-NGO tempatan.

Pulau-pulau lain penduduknya perlu menaiki bot ke pekan Semporna membeli air untuk keperluan seharian seperti memasak dan mandi. Di anggarkan 1 keluarga membeli 40 gelen air per trip.

Perkara yang sama terjadi di Pulau Demawan. Perjalanan kami dari jeti Semporna ke pulau Demawan mengambil masa 1 jam setengah. Bayangkan perjalanan mereka untuk membeli air.

Home 3
Home 3

Alhamdulillah, dengan wakaf terkumpul kami berjaya bangunkan 2 menara air dan 4 wakaf telaga. Ini akan mempercepatkan proses pembangunan wakaf telaga selepas ini.

Hampir 2,000 orang menduduki Pulau Denawan. Wakaf yang kami bangunkan jauh dari cukup untuk menampung keperluan. Kami sasarkan untuk bangunkan 8 lagi menara air dan 46 lagi wakaf telaga di Pulau Denawan.

Kemudian kami teruskan ke pulau-pulau lain yang memerlukan.

Selepas kita dapat bantu masalah asas mereka. Kita akan teruskan dengan pendidikan dan dakwah.

Perjalanan kita untuk membantu saudara kita di Semporna masih jauh. Kami perlukan sokongan berterusan dari anda.

Pembangunan Wakaf Telaga @ Asia

Lokasi pembangunan Wakaf Telaga @ Asia sebelum ini di Myanmar, Indonesia, Filipina, dan Malaysia (Kelantan dan Sabah).

Home 3
Home 3
Home 3
Home 3
Home 3
Home 3
Home 3
Home 3

Laporan Wakaf

Pewakaf akan menerima laporan wakaf yang telah dijalankan dalam masa 3 bulan (bergantung kepada cuaca, tempat, dan jumlah pewakaf).

Gambar, video, dan lokasi

Lot Wakaf

Lot ‘Adn akan berkongsi dengan pewakaf yang lain. Pihak Muslim Al-Fateh yang akan tentukan pembinaan wakaf dimana bergantung kepada keperluan.

Lot Ma’wa lot individu tidak berkongsi dengan orang lain. Dan harga berbeza untuk setiap negara.

 

Pengesahan, Rakan Media, dan Penerima Sumbangan

(sebelum ini program ini dikenali sebagai Projek Wakaf)

Home 3

Wakaf Telaga di Sinar Harian

Wakaf Telaga di Berita Al-Hijrah

Home 3

Surat penghargaan daripada Hospital Muar (Bahagian alamat dipadam kerana ia alamat lama yang kami tidak gunakan lagi)

Home 3

Sijil pendaftaran NGO Pertubuhan Muslim Al-Fateh

Tuan Hussin bin Tuan Junus

Penduduk Kota Jembal, Kelantan, Malaysia

Penduduk Kampung

Kampung Mapan-Mapan, Pitas, Sabah.

Penerima-Penerima Wakaf

projekwakaf.com
(Sekarang nama wakaftelaga.asia)

Resit Pengecualian Cukai

(LHDN)

  1. 1- Rakyat Malaysia.

2- Menyumbang minimum RM2000 dalam satu resit.

3- Hanya satu sahaja Resit Pengecualian Cukai akan dikeluarkan untuk satu resit sumbangan.

4- Resit Pengecualian Cukai akan di hantar ke alamat yang diberikan dalam masa 3 bulan.

5- Pihak kami tidak akan bertanggung jawab jika pihak penyumbang salah masukkan alamat.

6- Alamat yang salah masih boleh dibetulkan dengan menghubungi kami dalam masa kami sediakan resit pengecualian cukai (3 bulan/sebelum resit dihantar).

Home 3
Home 3