Pengunaan Arwah/Arwayarham atau apa-apa perkataan yang sama makna dengan nya adalah tidak dibenarkan.
Jika anda ada mengunakan perkataan-perkataan seperti ini. Pihak kami akan keluar kan (hanya nama sahaja tinggal) tanpa memaklumkan terlebih dahulu.
Ini adalah kerana ada sebahagian pewakaf meletak kan nama ibu bapa yang masih hidup, dan mereka tidak selesa nama ibu bapa mereka diletakkan bersama nama yang ada arwah dihadapan. Harap pihak anda memahami.
Panjang 1 nama yang disarankan tidak lebih 10 huruf. Kerana nama yang panjang akan lebih kecil ditulis di telaga wakaf, untuk mencukupkan ruang yang ada.
Pihak kami akan menentukan sendiri lokasi pemasangan Wakaf Telaga. Ini adalah kerana ia bergantung pada keperluan disesebuah tempat.
Walaubagaimanapun anda boleh memberi cadangan lokasi pemasangan Wakaf Telaga anda.
Untuk berwakaf perlu mengisi Borang Butiran Pelanggan dengan lengkap dan sertakan bayaran.
Buat masa ini pembayaran hanya mengunakan kad kredit/debit, online banking dan transfer sahaja.
Sila tick pada bahagian pengesahan untuk teruskan ke bahagian pembayaran.
Bagi yang mengisi borang tetapi tak mengikut had setiap pakej yang di tetapkan, pihak kami akan mengambil maklumat seperti yang pihak kami tetapkan sahaja (Contoh Lot ‘Adn untuk 1 nama). Bagaimanapun jika anda mewakafkan RM20 tetapi tidak ada nama, insyaAllah pahala wakaf itu sampai.
Wakaf Telaga anda akan di bina bila wakaf yang terkumpul cukup untuk pemasangan.
Untuk pertanyaan boleh terus whatsapp ke no, klik -> 60194100793
Dengan ini kami dari Waqaf Telaga @ Asia menerima wang wakaf dan akan menjalankan amanah tersebut. Terima kasih.
Pembayaran mengunakan payment gateway Billplz & Stripe, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada BILLPLZ SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.
Pembayaran mengunakan payment gateway Billplz & Stripe, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada Billplz & Stripe dan akan terus ke akaun Pertubuhan Muslim Al-Fateh.
Jika ingin berwakaf secara manual, boleh transfer pada no akaun di bawah, dan whatapps kan detail pembayaran ke no ini -> 60194100793
Report pemasangan hanya akan dihantar kepada yang mempunyai nama di Wakaf Telaga. Untuk RM20 dan Hamba Allah report akan di hantar secara umum.
Pewakaf bersetuju dan menerima nilai wakaf termasuk dengan kos pengurusan Muslim Al Fateh.
Jumlah kos pengurusan adalah subjektif bergantung pada harga barangan semasa, upah, penghantaran dan lokasi pemasangan.